Website: Mengisi Borang SPA8 Secara Atas Talian & Tayangan Video KDB

18 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran peserta lepasan SPM 2019 dan belia Kampung Semop yang ingin Mengisi Borang SPA8 Secara Atas Talian di Pusat Internet Semop. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang berumur 18 tahun. Kelas bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari.

Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan terutama buat warga pelajar lepasan SPM dan STPM. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mempunyai email dan no telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan.

Terima kasih dan syabas kepada peserta yang Berjaya mengisi borang SPA8 dengan jayanya. Semoga beroleh kejayaan dalam apa yang anda inginkan. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali